Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Johor http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6 Pemberitahuan TAKLIMAT PENUBUHAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA & TADIKA SWASTA BIL.5/2018 http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/index2.php?BHS=&UT=4&MN=40&JN=&W=3015 TAKLIMAT PENUBUHAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA & TADIKA SWASTA BIL.5/2018

Adalah dimaklumkan satu taklimat penubuhan IPS dan Tadika akan diadakan bagi pemohon-pemohon baru yang telah menyatakan hasrat ke Jabatan ini untuk menubuhkan IPS,Pusat tuisyen dan Tadika seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Oktober 2018 ( AHAD)

Masa : 8.00 pagi (Pendaftaran)

Tempat :Hotel New York

                            22 Jalan Dato Abdullah Tahir 80300 Johor Bahru

2. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan tatacara membuat kertas-kerja bagi penubuhan Institusi Pendidikan Swasta dan menerangkan Peraturan -Peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

3. Untuk makluman lanjut sila hubungi Pn Rabiah binti Hj Mohd Taib di talian 07-2310004 atau Email Nama & No K/P kepada  jpnjohor.ups@moe.gov.my

4.Tuan/puan diminta mematuhi Kod Etika berpakaian ketika menghadiri taklimat ini. Kegagalan tuan/puan mematuhi Kod Etika ini boleh menyebabkan tuan/puan dilarang daripada memasuki taklimat ini

Sekian, terima kasih

**TUAN/PUAN WAJIB MEMBAWA BORANG BPS1 YANG BOLEH DIMUAT TURUN DARIPADA PORTAL RASMI JPN JOHOR.

]]>
ENCIK AHMAD FAIDZUL BIN MAT YAZID Pemberitahuan 2018-09-18 11:25:51
PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI TAHUN 2018 KATEGORI : INOVASI PENGURUSAN PERKHIDMATAN http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/index2.php?BHS=&UT=4&MN=40&JN=&W=3016 Assalamuailaikum dan Salam Sejahtera

Semua Ketua Sektor

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Adalah dimaklumkan bahawa Sambutan Hari Inovasi peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi tahun 2018 akan diadakan pada 25 Oktober 2018. Justeru , Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (SKPP), JPN Johor telah diberi tanggungjawab sebagai urusetia bagi Kategori Anugerah Inovasi Pengurusan Perkhidmatan.

3.Bersama-sama ini dilampirkan Borang Penyertaan dan Syarat-Syarat Pertandingan bagi kategori tersebut. Penyertaan terbuka kepada semua Pegawai/Kakitangan di Jabatan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Oktober 2018 (Khamis).

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, bolehla menghubungi Pn Enny Suhailis Binti Suleiman di talian 07-2311516. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

]]>
PN. ENNY SUHAILIS BINTI SULEIMAN Pemberitahuan 2018-09-18 03:42:36