PORTAL RASMI

menulogin

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


Kandungan Pengumuman
Penulis : EN. SULAIMAN BIN BASIR
Dimasukkan Pada : 2019-10-09 11:28:29
URUSAN PEMANGKUAN PEMBANTU MAKMAL GRED C19 KE GRED C22 DAN GRED C22 KE GRED C26 TAHUN 2019 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Johor

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumakan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pembantu Makmal Gred C19 ke Gred C22 dan Gred C22 ke Gred C26 Tahun 2019 di Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Urusan ini terbuka kepada semua Pembantu Makmal yang dilantik Gred C19 sebelum atau pada 31 Disember 2009 dan Pembantu Makmal yang dinaikkan pangkat Gred C22 sebelum atau pada 31 Disember 2009.

4. Borang permohonan perlu diserah sebelum atau pada 17 Oktober 2019 di Unit Pengurusan Bakat, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh hubungi di talian 07-2310105 (Pn. Hjh Azadiah Binti Hussein) atau 07-2310105 (En. Mohd Najib Bin Abd Hamid)

Sekian, Terima Kasih.

LAMPIRAN
Senarai Semak Dan Dokumen Sokongan (Pemangkuan Pembantu Makmal 2019) (Borang)
Surat Siaran JPNJ Dan KPM (Pemangkuan Pembantu Makmal 2019) (Surat)

PENAFIAN

Jabatan Pendidikan Negeri Johor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Portal ini.