PORTAL RASMI

menulogin

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


Kandungan Pengumuman
Penulis : RAJA SRI MIRA AIDASARI BTE RAJA HYDAR
Dimasukkan Pada : 2019-09-11 04:41:38
JEMPUTAN MAJLIS 'SELAUT KASIH, SEJUNJUNG BUDI' SEMPENA MERAIKAN PERSARAAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan Majlis 'Selaut Kasih Sejunjung Budi' bagi meraikan persaraan anggota Perkhidmatan Awam Jabatan Pendidikan Negeri Johor seperti ketetapan yang tertera di lampiran yang disertakan.
 

Dengan ini  adalah dimaklumkan pesara yang diraikan seperti berikut:

1) Pesara bersara Wajib pada 01.01.2019 hingga 31.12.2019

2) Pesara bersara Pilihan Sendiri Guru pada 01.08.2018 hingga 02.07.2019

3) Pesara bersara Pilihan Sendiri Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) pada 01.08.2018 hingga 31.07.2019

Sehubungan itu tuan/puan dijemput hadir ke majlis tersebut sebagaimana tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Mohon tuan/puan mengisi borang pengesahan kehadiran yang telah dilampirkan. Untuk makluman tuan/puan juga tarikh akhir pengesahan kehadiran adalah pada 19.09.2019.

Segala pertanyaan sila hubungi kami ditalian seperti yang tertera di dalam borang pengesahan kehadiran tersebut.

Diharapkan kehadiran pihak tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis kami.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian

 

LAMPIRAN
Surat Jemputan Majlis Persaraan Tahun 2019 (Surat)
Borang Pengesahan Kehadiran Majlis Persaraan Tahun 2019 (Borang)

PENAFIAN

Jabatan Pendidikan Negeri Johor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Portal ini.