PORTAL RASMI

menulogin

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


Kandungan Pengumuman
Penulis : EN. KAIRUL ANNUAR BIN ABD AZIZ
Dimasukkan Pada : 2019-09-04 02:57:58
PROGRAM TOC FOUNDATION PROGRAMME DAN PROGRAM BINA BAKAT DI SEMUA KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM BIDANG AUTOMOTIF DAN MOTOSIKAL

UP: SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk dan surat dari surat dari Kementerian bernombor rujukan KPM. 600-12/1/5 Jld.2 (38) bertarikh 6 Ogos 2019 dan surat dari TOC FOUNDATION PROGRAMME bernombor rujukan TOC/FP-BB/BPTV/17052019 bertarikh 20 Ogos 2019  adalah berkaitan.

2.    Dimaklumkan bahawa TOC Foundation Programme dengan persetujuan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) ingin mendapatkan kerjasama dari semua pihak Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi tujuan Program Bina Bakat dimana berkonsepkan “belajar dahulu, bayar kemudian selepas tamat tempoh belajar dan setelah mendapat pekerjaan yang dijamin sepenuhnya oleh TOC”.

3.    Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program ini pihak KV dan SMK berpeluang mencalonkan sekurang-kurangnya 5 orang murid berumur 16 tahun dan ke atas  yang layak memenuhi beberapa kriteria kumpulan sasaran untuk menyertai Program Bina Bakat seperti berikut:

  • Murid yang berkemungkinan gagal dalam       keputusan Sijil Pelajaran Malaysia serta murid yang mempunyai kelulusan minimum dalam pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  • Murid tercicir dalam kemiskinan dan tidak berminat dalam akademik serta mempunyai kecenderungan dalam penyelenggaraan automotif.
  • Murid yang gagal melajutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta.
  • Golongan B40

4.    Pihak Sekolah boleh memaklumkan kepada murid yang disasarkan demi menjamin masa depan yang lebih baik atas nasihat kaunselor. Pendaftaran secara atas talian boleh dilaksanakan di alamat berikut https://binabakat.my/courses/toc-foundation-entrance-test-2/ untuk menjalani UJIAN SARINGAN PSIKOMETRIK SAHAJA. Sekiranya lulus, mereka akan diberi surat tawaran bersyarat untuk mendapatkan tempat di TOC dibawah Program Bina Bakat dengan persetujuan penjaga.

5.    Bersama-sama ini disertakan surat permohonan Program Bina Bakat, Surat Kelulusan dari BPLTV dan kertas cadangan Program Bina Bakat dari pihak TOC bagi tujuan rujukan pihak tuan.

6.    Sebarang   pertanyaan   berkenaan perkara ini bolehlah menghubungi En Kairul Annuar Bin Abd Aziz di talian 07-2311453 Sektor Pengurusan Sekolah. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

Muat Turun Surat

PENAFIAN

Jabatan Pendidikan Negeri Johor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Portal ini.