, 5:35:02 pm small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Soalan Lazim Berkenaan Umum
 
SOALAN 1
Bagaimana prosedur perolehan peralatan ICT oleh Sekolah-sekolah?

Sila Rujuk Tatacara Perolehan Peralatan ICT Sekolah-sekolah.

 
SOALAN 2
Apakah prosedur kemasukan murid-murid ke tingkatan satu di sekolah agama bantuan kerajaan (SABK)?

A. Murid yang layak memasuki Sekolah Agama Bantuan Kerajaan  (SABK) mesti mempunyai syarat-syarat berikut :


  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 13 tahun ke atas (kecuali mengikut Pekeliling Ikhtisas bil. 3/2000 khas untuk Warganegara sahaja)
  3. Lulus Ujian Kelayakan dan temuduga yang ditetapkan oleh pihak sekolah atau Lembaga Pengurus Sekolah.
  4. Murid dari kawasan setempat yang mempunyai kelayakan minima 2A 2B 1C dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Walaubagaimanapun, pihak sekolah atau Lembaga Pengurus Sekolah dibenarkan membuat pemilihan mengikut keadaan dan keperluan setempat.
  5. Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) atau Ujian Penilaian Kurikulum Kafa (UPKK) atau Ujian Kelayakan Khas, Sekolah Agama Negeri (jika berkenaan)
  6. Murid tersebut boleh menulis dan membaca jawi serta membaca al-Quran dengan baik.
  7. Permohonan calon daripada Sekolah Agama Negeri / Sekolah Agama Swasta dalam negeri dan Sekolah Kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan luar negeri tertakluk kepada syarat kemasukan para 4 dan 5 serta ada kekosongan.


B. Prosedur Permohonan

Ibu bapa atau murid sekolah rendah yang layak memohon, dikehendaki mendaftar dan mengisi borang kemasukan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang hendak dipohon.

  1. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan keputusan UPSR, Sijil Kelahiran murid dan Kad Pengenalan ibu dan bapa murid yang telah  disahkan.
  2. Permohonan yang tidak mencukupi syarat, tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses.
  3. Murid yang layak akan menjalani Ujian Kelayakan dan temuduga yang dijalankan oleh pihak sekolah atau Lembaga Pengurus Sekolah.
  4. Pemilihan kemasukan murid berdasarkan kelayakan diputuskan bersama oleh pihak sekolah/LPS.
  5. Senarai nama murid yang layak dihantar ke SPI, JPN untuk disahkan sebelum dihantar ke PPD terlibat untuk dikeluarkan surat tawaran kemasukan kepada calon-calon yang berjaya.
 
SOALAN 3
Pihak mana yang wajar dihubungi untuk melaporkan kerosakan atau memerlukan penyenggaraan ICT Sekolah?

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN).

 
SOALAN 4
Apakah beza Sektor ICT dengan Unit ICT dan Pengkomputeran?

Sektor ICT ( Sektor Pengurusan Maklumat/ICT ) ialah salah satu sektor di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, manakala Unit ICT dan Pengkomputeran adalah di bawah Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang menguruskan hal ehwal berkaitan P&P berasaskan ICT di sekolah. Sektor Pengurusan Maklumat/ICT menguruskan hal-ehwal dan dasar ICT peringkat negeri termasuk inisiatif Pengurusan dan Pentadiran (P&T) JPN/PPD dan sekolah serta membantu dalam aspek ICT dalam P&P.

 
SOALAN 5
Bolehkah sekolah memindahkan Pusat Akses ke bilik yang lain? Bagaimana kaedahnya?

Sekolah boleh memindahkan pengoperasian Pusat Sumber atas justifikasi yang kukuh. Permohonan perubahan lokasi perlu dialamatkan ke Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Persiaran Bukit Kiara 50604, Kuala Lumpur. sila rujuk surat siaran dari BTP ruj. KP(BTP-PENT) 8801/2/22 Jld II (41) bertarikh 9 Ogos 2010.

 
Halaman [ 1 ] [ 2 ] [ 3 ] [ 4 ] [ 5 ] [ 6 ] [ 7 ] [ 8 ] [ 9 ]
 

 
bullet   Hubungi Kami
bullet   Soalan Lazim (FAQ)
bullet   Wacana Ilmu
bullet   Peta Laman
bullet   Aplikasi Online
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2019-09-17 16:54:39
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor