, 5:37:41 pm small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Soalan Lazim Berkenaan Skim Pembiayaan Komputer
 
SOALAN 1
Bagaimanakah cara untuk memohon pinjaman komputer?
Pemohon hendaklah anggota perkhidmatan awam yang telah dilantik ke jawatan Tetap, dengan melengkapkan Borang Permohonan Lampiran A (Kew. 317) sila klik disini, dalam 6 salinan. Permohonan turut dilampirkan bersama-sama:
a)Sebutharga asal daripada syarikat / pembekal komputer yang dikeluarkan atas nama pemohon – pastikan ada alamat, cop dan tandatangan dari pembekal berkenaan.
b)Dua salinan Kad Pengenalan yang jelas dan disahkan oleh Ketua Jabatan.
c)Dua salinan slip gaji terkini, jelas dan disahkan oleh Ketua Jabatan.
 
 
SOALAN 2
Bilakah pinjaman komputer kali kedua dibenarkan?

Pinjaman kali kedua dibenarkan selepas 3 tahun dari tarikh kelulusan sebelumnya dengan syarat pinjaman tersebut telah diselesaikan sepenuhnya (rujuk SPP Bil 10/2009 perenggan 3.1). 

 
SOALAN 3
Berapa lamakah proses permohonan komputer dapat diluluskan?

Permohonan dapat diluluskan (tanpa kuiri) dalam tempoh 7 hari bekerja. 

 
SOALAN 4
Bagaimanakah cara untuk menuntut lebihan bayaran balik pinjaman komputer?
Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis melalui Ketua Jabatan ke Unit Kewangan bersama dokumen sokongan yang disahkan oleh Ketua Jabatan :
a) Salinan surat Arahan Berhenti Potongan dari Bahagian Akaun, KPM.
b) Salinan slip gaji yang terlebih potongan.
c) Salinan slip gaji selepas potongan ditamatkan (tiada potongan lagi).
d) Salinan Buku Bank / Penyata Bank (nombor akaun bank).
e) Salinan resit (jika berkaitan).
 
SOALAN 5
Bagaimanakah cara penyelesaian awal dibuat?

Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan semak baki secara bertulis melalui Ketua Jabatan ke Unit Kewangan bersama-sama slip gaji 3 bulan yang terkini yang disahkan oleh Ketua Jabatan. Permohonan yang dibenarkan hendaklah sekurang-kurangnya selepas 6 kali potongan gaji berkomputer dilaksanakan (6 bulan).

 
Halaman [ 1 ] [ 2 ]
 

 
bullet   Hubungi Kami
bullet   Soalan Lazim (FAQ)
bullet   Wacana Ilmu
bullet   Peta Laman
bullet   Aplikasi Online
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2019-09-17 16:54:39
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor