, 5:38:42 pm small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Soalan Lazim Berkenaan Pengurusan Gaji
 
SOALAN 1
Berapa lamakah tempoh yang diambil bagi proses pembayaran gaji kakitangan lantikan baru?

Untuk kakitangan lantikan baru, pembayaran gaji dapat di buat pada akhir bulan tersebut dengan syarat semua dokumen telah lengkap dan di hantar ke Unit Kewangan sebelum tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara dan sekiranya telah melepasi tarikh yang telah ditetapkan maka bayaran akan dilakukan pada bulan berikutnya. 

 
SOALAN 2
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pembayaran gaji dapat dilaksanakan dengan segera bagi kakitangan lantikan baru?

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi kakitangan lantikan baru ialah surat tawaran, surat lantikan, surat perjanjian, surat setuju terima, salinan kad pengenalan, salinan buku bank untuk pembayaran gaji, dan salinan penyata KWSP. 

 
SOALAN 3
Bagaimanakah sekiranya pengiraan tunggakan gaji atau elaun di dapati salah, terkurang bayar atau terlebih bayar kepada pegawai tersebut?

Sekiranya pengiraan tunggakan gaji atau elaun telah tersalah kira maka bayaran balik akan dilakukan dengan membuat pelarasan gaji atau elaun samada bayaran balik kepada pegawai tersebut jika terkurang bayar atau mengutip balik daripada pegawai tersebut jika terlebih bayar. 

 
SOALAN 4
Bagaimanakah cara bagi bayaran balik sekiranya terdapat lebihan gaji atau elaun yang perlu dikutip balik dari pegawai berkenaan?
Bayaran balik boleh dibuat melalui potongan terus dari gaji melalui sistem Payroll, bayaran sekaligus atau bayaran ansuran tidak melebihi  enam bulan.

 

 
Halaman [ 1 ]
 

 
bullet   Hubungi Kami
bullet   Soalan Lazim (FAQ)
bullet   Wacana Ilmu
bullet   Peta Laman
bullet   Aplikasi Online
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2019-09-17 16:54:39
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor