, 5:41:03 pm small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Soalan Lazim Berkenaan PLAN-J
 
SOALAN 1
Apakah yang dimaksudkan dengan KPI dalam PLAN-J ini?

KPI (Key Performance Indicator) adalah kuantiti soalan yang perlu disedia dan diberikan kepada murid mengikut tajuk,jenis dan aras soalan. Guru perlu menyediakan soalan sekurang-kurangnya menyamai bilangan yang dinyatakan. Kuantiti sebenar yang dapat disediakan oleh guru perlu dicatatkan pada ruang “Pencapaian Sebenar” dalam dokumen PLAN-J tersebut?
 

 
SOALAN 2
Apakah yang dimaksudkan dengan PLAN-J?

Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor atau PLAN-J adalah garis panduan untuk menentukan jumlah minimum Latihan Akademik Murid bagi mencapai aras pembelajaran optimum mengikut potensi mereka.

 
SOALAN 3
Siapakah yang akan menggunakan PLAN-J?

Pengajaran dan pembelajaran merupakan bidang tugas utama guru. Bagi menghasilkan P&P yang berkualiti, berkesan dan mencapai objektif, guru perlu membuat perancangan dengan rapi. PLAN-J dapat membantu guru membuat perancangan pelaksanaan P&P dan memberi aktiviti pengukuhan atau latihan mengikut keperluan murid-muridnya. Pelaksanaan PLAN-J akan membantu guru untuk melaksanakan tugas utamanya secara berfokus sesuai dengan tajuk dan keupayaan murid.

 
SOALAN 4
Apakah perbezaan di antara PLAN-J dengan Head-Count yang telah sedia difahami oleh guru dan ibubapa?

PLAN-J adalah dokumen perancangan yang menyokong pelaksanaan Head-Count. Head-Count membantu guru mengenal pasti pencapaian murid serta mensasarkan potensi mereka. PLAN-J merupakan perancangan pemberian latihan yang disediakan berdasarkan pencapaian dan potensi murid untuk membantu mereka mencapai tahap penguasaan yang maksimum.

 
SOALAN 5
Adakah semua mata pelajaran terlibat?

Bagi tahun 2010, PLAN-J dilaksanakan secara rintis untuk beberapa mata pelajaran utama (sila rujuk senarai mata pelajaran yang terlibat). Bagi mata pelajaran lain, guru-guru boleh menyediakan PLAN-J mengikut format yang disediakan PLAN-J untuk mata pelajaran utama yang lain akan disediakan pada tahun ini untuk pelaksanaan 2011.

 
Halaman [ 1 ] [ 2 ]
 

 
bullet   Hubungi Kami
bullet   Soalan Lazim (FAQ)
bullet   Wacana Ilmu
bullet   Peta Laman
bullet   Aplikasi Online
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2019-09-17 16:54:39
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor