, 4:31:38 am small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Soalan Lazim Berkenaan AUDIT NILAI
 
SOALAN 1
APAKAH ITU SISTEM PENGURUSAN AUDIT NILAI (SPAN)?

SISTEM PENGURUSAN AUDIT NILAI (SPAN)�IALAH SATU KAEDAH UNTUK MENILAI KEBERKESANAN PROGRAM-PROGRAM NILAI MURNI DALAM PERKHIDMATAN AWAM.

 
SOALAN 2
APAKAH MATLAMAT UTAMA DALAM SPAN?

IA BERMATLAMAT UNTUK MENGUKUR TAHAP KEBERKESANAN PENERAPAN, PENGHAYATAN DAN PENGAMALAN NILAI MURNI DARI SEGI IDEOLOGI, PERIBADI, PERSEPSI DAN JUGA MELALUI MAKLUM BALAS PELANGGAN DENGAN MENGAMBIL KIRA ENAM NILAI TERAS PERKHIDMATAN AWAM IAITU AMANAH, BENAR, BIJAKSANA, ADIL, TELUS DAN BERSYUKUR.

 
SOALAN 3
APAKAH INSTRUMEN-INSTRUMEN YANG DIGUNA PAKAI DALAM SISTEM PENGURUSAN AUDIT NILAI (SPAN)?

SPAN MENGGUNA PAKAI LIMA (5) INSTRUMEN IAITU

1. REKOD AMALAN NILAI

2. INDEKS NILAI IDEAL

3. INDEKS NILAI PERIBADI

4. INDEKS NILAI ORGANISASI

5. REKOD MAKLUM BALAS PELANGGAN

DATA YANG DIKUMPUL DAPAT MEMBERI GAMBARAN MENGENAI TAHAP PENGAMALAN NILAI-NILAI MURNI DI JABATAN DAN AGENSI TERBABIT. SETERUSNYA DAPATAN AUDIT NILAI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT PERANCANGAN PROGRAM-PROGRAM NILAI YANG BERSESUAIAN DI JABATAN DAN AGENSI.

 
SOALAN 4
APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM KELIMA-LIMA INSTRUMEN TERSEBUT?

KANDUNGAN TERPERINCI INSTRUMEN AUDIT NILAI

1. REKOD AMALAN NILAI

MENGUMPUL MAKLUMAT JABATAN, PROGRAM NILAI YANG TELAH DIJALANKAN DAN JUGA LAPORAN TAHUNAN JABATAN DARIPADA PELBAGAI SUMBER.

2. INDEKS NILAI IDEAL

MENGANDUNGI ITEM-ITEM UNTUK MENGUKUR IDEOLOGI BERHUBUNG PRINSIP ATAU TINGKAH LAKU YANG MUNGKIN WUJUD DALAM ORGANISASI. ITEM-ITEM ADALAH BERDASARKAN NILAI TERAS YANG TERDIRI DARIPADA TIGA CIRI IAITU MASA, KUASA DAN PERIBADI.

3. INDEKS NILAI PERIBADI

MENGANDUNGI ITEM-ITEM UNTUK MENGUKUR TINGKAH LAKU INDIVIDU. ITEM-ITEM ADALAH BERDASARKAN NILAI TERAS YANG TERDIRI DARIPADA TIGA CIRI IAITU MASA, KUASA DAN PERIBADI.

4. INDEKS NILAI ORGANISASI

MENGANDUNGI ITEM-ITEM UNTUK MENGUKUR PERSEPSI TERHADAP TINGKAH LAKU YANG MUNGKIN BERLAKU DALAM ORGANISASI. ITEM-ITEM ADALAH BERDASARKAN NILAI TERAS YANG TERDIRI DARIPADA TIGA CIRI IAITU MASA, KUASA DAN PERIBADI.

5. REKOD MAKLUM BALAS PELANGGAN

MENGANDUNGI ITEM-ITEM UNTUK MENILAI PENGALAMAN ATAU PEMERHATIAN PELANGGAN SEMASA BERURUSAN DENGAN JABATAN/ AGENSI.

 
SOALAN 5
APAKAH FAEDAH YANG BOLEH DIPEROLEH DARIPADA PELAKSANAAN AUDIT NILAI?

FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEH DARIPADA PELAKSANAAN AUDIT NILAI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. MENDAPAT MAKLUMAT SAHIH TENTANGKEDUDUKAN ORGANISASI BERHUBUNG TAHAP AMALAN NILAI ;

2. MENILAI KEMBALI PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN UNTUK MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN ATAU PEMBENTUKAN PROGRAM BARU YANG SESUAI ;

3. MEMBANTU JABATAN MERANGKA DAN MENGENAL PASTI KURSUS ATAU LATIHAN YANG DIPERLUKAN OLEH PEGAWAI UNTUK MENINGKATKAN AMALAN NILAI ; DAN

4. MENINGKATKAN IMEJ ORGANISASI MELALUI PROGRAM-PROGRAM PENINGKATAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN BAGI MEMENUHI KEPUASAN HATI PELANGGAN.

 
Halaman [ 1 ] [ 2 ]
 

 
bullet   Hubungi Kami
bullet   Soalan Lazim (FAQ)
bullet   Wacana Ilmu
bullet   Peta Laman
bullet   Aplikasi Online
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2019-11-19 21:17:04
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor