, 8:01:45 am small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Pengumuman
Penulis : SULAIMAN BIN BASIR
Dimasukkan Pada : 2019-09-26 11:29:24
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU BESAR EX-PPPLD DARI GRED DG41/42 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) BAGI TAHUN 2019

Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Johor

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Urusan Pemangkuan Guru Besar Gred DG41/DG42 ke Gred DG44 secara khas untuk penyandang (KUP) bagi tahun 2019.

3.         Urusan Pemangkuan ini terbuka kepada semua  PPP yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di gred DG41/DG42 sebelum atau pada 31.12.2019 sebagai Guru Besar serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Permohonan hendaklah melalui ketua Jabatan dengan mengunakan Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat). Permohonan yang telah dikemukakan ke BPSM secara luar talian tidak akan dipertimbangkan.

4.         Sehubungan dengan itu, tuan di ingatkan supaya mengemaskini maklumat-maklumat pegawai di modul semakan di dalam sistem epangkat  serta membuat pengesahan Ketua Jabatan di modul tersebut. Tuan adalah bertanggungjawab sekiranya berlaku kes-kes tertinggal, kelewatan dalam mengemukakan perakuan pegawai ataupun sebarang kesilapan maklumat. Pihak sekolah hendaklah mengemukakan maklumat permohonan berserta dokumen sokongan ke PPD sebelum 6 Oktober 2019.

5.         Adalah diingatkan bahawa pihak PPD  hendaklah membuat perakuan dan mencetak laporan melalui Modul Guru Besar dalam sistem epangkat bagi pegawai yang layak sebelum 11 Oktober 2019.

6.         Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Puan Azadiah Binti Hussien dan Puan Nurul Farhana Binti Ambok di talian 07-2311105. Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

LAMPIRAN
Surat Siaran JPNJ/KPM Dan Panduan Permohonan (Pemangkuan GB EX-PPPLD) DG41/42) (Surat)
bullet SOLAT HAJAT KHAS MEMOHON PERLINDUNGAN DAN KESELAMATAN DARI WABAK INFLUENZA A
bullet PEMAKLUMAN MENGENAI PENYALURAN PERUNTUKAN TUNTUTAN AWAL BANTUAN PERSEKOLAHAN (BANTUAN UMUM) TAHUN 2020
bullet PENERIMAAN PENYATA KEWANGAN SEKOLAH BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019
bullet PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG SEDANG MEMANGKU GRED DG42 (KUP) DI BAWAH URUSAN TAHUN 2018 (MEMANGKU PADA 24 DISEMBER 2018)
bullet PERMOHONAN BERSARA PILIHAN SENDIRI BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PERHIDMATAN (PPP) BAGI SESI 01 DISEMBER 2020
bullet PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG41 BAGI SEKOLAH RENDAH BIL 1/2020 NEGERI JOHOR
bullet Arahan Pegawai Pengawal (APP) KPM Tahun 2020
bullet MEMBANTERAS PENYALAHGUNAAN PENGGUNAAN LAMBANG, GELARAN DAN ANUGERAH SERTA PENGGUNAAN JATA KERAJAAN NEGERI JOHOR
bullet PEMAKLUMAN SENARAI SEKOLAH MENGIKUT LOKASI, PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI JOHOR
bullet UJIAN KECERGASAN JURULATIH PUSAT KOKURIKULUM JOHOR SIRI 3 TAHUN 2020
Lagi...
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2020-01-23 14:30:42
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor