, 8:38:47 am small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3 4  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Mengenai Sektor : Sektor Pendidikan Islam
 

Visi

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

 

Misi

"Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

 

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

Kami warga Sektor Pendidikan Islam penuh tekad, iltizam serta berpegang teguh kepada moto “JOHOR LEADS"berikrar dan berjanji akan memberi komitmen untuk :-

Memastikan kurikulum Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dilaksanakan di sekolah-sekolah negeri Johor mengikut panduan dan peruntukan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  1. Memastikan murid-murid Islam menguasai Jawi dan khatam al-Quran semasa berada di peringkat sekolah rendah melalui porgram j-QAF dan sebagainya.

  2. Memastikan murid-murid Islam di sekolah-sekolah negeri Johor lulus dan boleh melaksanakan Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  3. Memastikan proses penempatan murid-murid Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang layak dilaksanakan pada minggu pertama sesi persekolahan baru setiap tahun.

  4. Memastikan penempatan murid ke Tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dilaksanakan secara ‘school-based’ melalui pihak Pejabat Pelajaran Daerah mengikut prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan pada minggu pertama sesi persekolahan baru setiap tahun.

  5. Memastikan proses pertukaran murid SMKA dan SABK dalam dan luar negeri mengikut prosedur dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dapat dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja.

  6. Menempatkan guru-guru di bawah tadbiran sektor ini yang dibekalkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia ke sekolah-sekolah dalam tempoh 21 hari bekerja.

  7. Memastikan proses pertukaran masuk dan keluar dalam dan keluar negeri guru-guru di bawah tadbir sektor ini dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja setelah pertukaran mereka diluluskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia atau Jabatan Pendidikan Negeri.

  8. Mengurus dan menyelesaikan perihal perjawatan dan perkhidmatan mengikut pekeliling dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  9. Membangunkan sahsiah unggul murid-murid Islam melalui program-program pendidikan.

  10. Memastikan aktiviti-aktiviti keagamaan di sekolah-sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Johor dilaksanakan mengikut arahan-arahan Kementerian Pendidikan Malaysia.

  11. Bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

  12. Jika terdapat sebarang masalah, sila hubungi:

Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam

Talian : 07-2310194

Fax : 07-2347196

Email : che.selamah@moe.gov.my

 

UNIT : INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM

FUNGSI

(a)Menyelaras dan mengurus keperluan serta pengoperasian IPA JPN dari aspek pentadbiran sekolah, pengurusan guru, dan murid serta penyelarasan Kelas Aliran Agama (KAA)

  • Menyelaras, mengurus dan menilai urusan pentadbiran IPA dan pelaksanaan operasi yang berkaitan dengannya
  • Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan kurikulum agama di IPA.
  • Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan hal ehwal murid, sukan dan kokurikulum di IPA
  • Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan hal ehwal Guru IPA
  • Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan KAA

     

(b)Menyelaras dan mengurus institusi bagi pelaksanaan program pembangunan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam aspek penyelidikan dan pendokumentasian

  • Menyelaras, mengurus dan menilai aktiviti penyelidikan terhadap pelaksanaan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta menilai pencapaiannya di pelbagai peringkat di bawah JPN
  • Mengurus dan menilai aktiviti penjanaan idea, penataran dan penyebarluasan dapatan kajian mengenai Pendidikan Islam dan Bahasa Arab melalui kursus, seminar, konvensyen dan bengkel

     

(c)Menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan, penyediaan perkhidmatan dan pembangunan IPA JPN dan bantuan SAR KAFA serta Institusi Pendidikan yang melaksanakan program Pendidikan Islam

  • Mengurus, menyelaras dan menilai urusan bantuan perolehan dan penyediaan perkhidmatan di IPA JPN dan institusi pendidikan yang melaksanakan program Pendidikan Islam
  • Menyelaras, mengurus dan menilai bantuan pembangunan fizikal IPA dan Institusi Pendidikan yang melaksanakan program Pendidikan Islam.
  • Menyelaras, mengurus dan menilai bantuan kewangan kepada SAR yang melaksanakan kurikulum KAFA


UNIT : OPERASI DAKWAH

FUNGSI

(a) Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai pelaksanaan dasar dan operasi program dakwah dan kepimpinan untuk Murid, Guru, Pegawai dan Kakitangan JPN

  • Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program dakwah Islamiah dan operasi Majlis Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (MAKDIS).
  • Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program kepimpinan Islam.
  • Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program kawalan akidah dan pemikiran Islam.

     

(b) Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai pelaksanaan program pengembangan syiar Islam dan pengukuhan budaya Islam kepada Murid, Guru, Pegawai dan Kakitangan JPN

  • Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pembangunan akhlak dan pengembangan syiar Islam.
  • Menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengukuhan budaya dan nilai Islam.


UNIT : PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM

FUNGSI

(a) Menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan Operasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan dengannya:

  • Menyelaras, mengurus, dan menilai serta mengawal pengoperasian dan mesyuarat-mesyuarat utama yang berkaitan dengan pelaksanaan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
  • Menyelaras dan mengurus maklum balas berhubung pelaksanaan operasi dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan pelaksanaan operasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
  • Menyelaras dan mengurus hal ehwal keperluan Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Institusi Pendidikan
  • Menyelaras dan mengurus serta menilai peningkatan kualiti program-program SPI dan kualiti pelaksanaan Operasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
  • Mengumpul, menganalisis dan mengurus data dan maklumat personel, IPA JPN dan program yang berkaitan dengan pelaksanaan Operasi Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

     

(b)Menyelaras, mengurus dan mengawal selia pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan dan pentadbiran serta tadbir urus ICT SPI dan IPA.

  • Menyelaras dan mengurus hal ehwal pengurusan dan pentadbiran SPI.
  • Menyelaras dan mengurus hal ehwal perkhidmatan personel di SPI dan IPA.
  • Menyelaras dan mengurus hal ehwal kewangan dan akaun SPI dan IPA.
  • Menyelaras dan mengurus sistem aplikasi ICT / portal.


bullet Pejabat Pengarah Pendidikan
bullet Pejabat Timbalan Pengarah Pendidikan
bullet Sektor Pengurusan Akademik
bullet Sektor Pendidikan Islam
bullet Mengenai Sektor
bullet Carta Organisasi
bullet Soalan Lazim
bullet Berita & Aktiviti
bullet Direktori Sektor
bullet Sektor Pembangunan Kemanusiaan
bullet Sektor Pengurusan Sekolah
bullet Sektor Penilaian dan Peperiksaan
bullet Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
bullet Sektor Jaminan Kualiti
bullet Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
bullet Sektor Psikologi dan Kaunseling
bullet Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke MyIdeas Pautan  ke PEMUDAH Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2017-12-11 16:54:51
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor