Bentuk segitiga melambangkan bahawa JPN Johor adalah sebuah organisasi yang kukuh dan stabil
Bentuk segitiga yang tirus ke atas juga melambangkan seluruh warga pendidikan Johor sentiasa menjunjung dan berusaha untuk mencapai satu Visi dan Misi yang sama
Garisan putih yang melingkari perkataan pendidikan Johor membawa maksud satu ikatan kesepaduan dan kerjasama erat dalam kalangan seluruh warga pendidikan Johor.
Warna biru memberi maksud kesederhanaan, dan Pendidikan Johor sentiasa mengamalkan konsep wassattiah dalam segala aspek pengurusan.
Warna putih memberi maksud keikhlasan dan ketulusan bekerja warga pendidikan Johor.
Buah tiin ada disebut dalam Al-Quran adalah salah satu daripada 8 jenis makanan yang terbaik. Hiasan motif daun pokok tiin melambangkan pendidikan Johor sentiasa bertekad memberikan segala yang terbaik kepada setiap pelanggan.