, 3:57:55 pm small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3 4 5  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


    pelan
 
PERANCANGAN STRATEGIK JABATAN PENDIDIKAN JOHOR 2015-2017 " SELANGKAH DI HADAPAN"
 

Johor LEADS

  • L – Lead the Change
  • E – Enhance Resilience
  • A – Accelerate Excellence Through Innovations
  • D – Develop First – rate School Culture
  • S – Sustain Success, Build Legacy

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencari kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

 

 
VISI
 
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
 
MISI
 
Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
 

TERAS STRATEGIK

 
  1. Kepimpinan Pendidikan
  2. Sumber Manusia - Guru
  3. Modal Insan – Murid
  4. Pentaksiran dan penilaian
  5. Prasarana
  6. Sistem Pengurusan
 

MATLAMAT STRATEGIK

 
  1. Mempunyai Barisan Kepimpinan Pendidikan yang berintegriti
  2. Mempunyai Sumber Manusia yang Berkualiti dari Aspek Keilmuan, Kemahiran dan Sahsiah
  3. Melahirkan Insan Berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global
  4. Mencapai Prestasi Cemerlang Dalam Pentaksiran dan Penilaian
  5. Mempunyai Kemudahan Pendidikan yang berkualiti
  6. Mempunyai Sistem yang cekap, berkesan dan berinovasi.
 

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA (KRA)

KRA 1 – MEMPUNYAI BARISAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN YANG BERINTEGRITI

KPI 1 – 90 Peratus pengetua dan guru besar melaksanakan amalan Kepimpinan Teragih di sekolah

KPI 2 – 90 Peratus sekolah berada pada sekurang-kurangnya berada pada Band 4.

 

KRA 2 – MEMPUNYAI SUMBER MANUSIA YANG BERKUALITI DARI SEGI KEILMUAN, KEMAHIRAN DAN SAHSIAH

KPI 3 – Semua guru telah telah dipantau dan memperolehi Skor Pemastian Standard (SKPM) melebihi 70%

KPI 4 – Mengagihkan bekalan guru yang mencukupi dan mengikut Opsyen

 

KRA 3 – MELAHIRKAN INSAN BERKUALITI YANG DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN GLOBAL

KPI 5 - Mencapai tahap 98% menguasai 3M di sekolah-sekolah negeri Johor

KPI 6 - Memastikan 85% murid telah melalui Pendidikan Prasekolah sebelum memasuki Tahun 1

KPI 7 - Memastikan 100% murid SPM mencapai gred Minimum 'C' dalam Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah

KPI 8 - Kes Disiplin murid dapat dikurangkan di bawah paras 0.01%

KPI 9 - Memastikan 95% murid mengikuti Program 1 Murid 1 Sukan (1M1S)

 

KRA 4 – MENCAPAI PRESTASI CEMERLANG DALAM PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

KPI 10 : Peperiksaan Awam meningkat mengikut peningkatan yang ditetapkan

KPI 11 : 100 % sekolah di Johor melaksanakan PBS

 

KRA 5 – MEMPUNYAI KEMUDAHAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI

KPI 12 : Semua sekolah dan asrama mempunyai bilik darjah, sukan dan penginapan yang mencukupi, selesa dan lengkap dengan kemudahan asas (perabot, peralatan, kemudahan padang permainan dan utiliti)

 

KRA 6 – MEMPUNYAI SISTEM PENGURUSAN YANG CEKAP, BERKESAN DAN BERINOVASI

KPI 13 : 95 % sekolah di negeri Johor memperolehi Sijil Audit Tanpa Berteguran dalam pengurusan kewangan

KPI 14 : Semua sekolah sekurang-kurangnya menghasilkan satu inovasi

KPI 15 : 99 % aduan pelanggan dapat diselesaikan mengikut prosedur yang ditetapkan

 

PELAN TINDAKAN SEKTOR

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

  1. Membugar Kepimpinan Instruksional
  2. Memantapkan P&P Guru Bukan Opsyen
  3. Mencapai 100 % LINUS dan 3M
  4. Mencapai Peperiksaan Awam melebihi ETR kebangsaan
  5. Melaksanakan Penjajaran Pengurusan Kurikulum di sekolah
  6. Melaksanakan Sistem Latihan Akademik yang standard
  7. Membudayakan ICT dan inovasi dalam P&P
  8. Membudayakan Headcount
 

SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

  1. Memantapkan Pemimpin Pendidikan melalui Kepimpinan Transformasional
  2. Memantapkan barisan Pemimpin Pelapis melalui kepimpinan Transformasional
  3. Mengamalkan Kepimpinan Teragih
  4. Mengamalkan Kepimpinan Lestari
  5. Meningkatkan tahap profesionalisme guru
  6. Mencapai 100 % murid menerima kurikulum pendidikan prasekolah sebelum memasuki Tahap
  7. Melaksanakan 'Redeployment' guru secara berkesan
  8. Melaksanakan penempatan murid KRK Tingkatan 1 mengikut prosedur
  9. Menguruskan Aduan Pelanggan secara cekap dan berkesan
  10. Menguruskan PIBG dengan cekap
  11. Menguruskan Tingkatan 6 dengan cekap
 

SEKTOR JAMINAN KUALITI

  1. Tiada lagi sekolah Negeri Johor berada pada band prestasi 5, 6 dan 7
  2. Meningkatkan bilangan sekolah mencapai band prestasi 1.
  3. Sekolah negeri Johor tidak berada pada tahap harapan dalam SKPM
  4. Meningkatkan sekolah menerima SBT
  5. Peningkatan bilangan PGB sekolah menerima Tawaran Baru
  6. Meningkatkan jumlah sekolah melaksanakan Sistem Pengurusan Sekolah (Kualiti SPSK)
 

SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

  1. Meningkatkan kemahiran perkhidmatan pembayaran gaji/elaun
  2. Meningkatkan kesedaran dan mengurangkan penglibatan dalam isu tindakan tatatertib
  3. 95 % sekolah dan asrama mempunyai kemudahan bilik darjah, sukan dan penginapan yang mencukupi, selesa dan lengkap dengan kemudahan asas (perabot, peralatan, kemudahan padang permainan dan utiliti)
  4. 95 % KIP dan Rumah Guru diselenggara secara berkala (Penyelenggaraan sistem kumbahan, perpaipan, kebersihan dan keselamatan) sebelum akhir tahun 2015
  5. Meningkatkan pencapaian pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah
  6. Menempatkan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) berdasarkan Sijil Perjawatan sekolah yang diluluskan
  7. Nilai terbaik perolehan kerajaan dengan menjadikan JPN Johor sebagai penjual pintar serta menjamin akauntabiliti dan ketelusan dalam semua perolehan kerajaan
 

SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA & PENDIDIKAN KHAS

  1. Semua tadika swasta berjaya mencapai tahap sekurang-kurangnya baik atau tiga bintang (Standard Minima Kualiti yang ditetapkan)
  2. Meningkatkan jumlah Sekolah swasta yang berdaya saing dan kekal berada di pasaran
  3. Semua Pengetua, Guru Besar, GPK 1, Guru Pemulihan Khas, Guru Intervensi, Ketua Bidang dan Panitia BM & Matematik dapat menjayakan Program P1NCH negeri Johor
  4. Meningkatkan penguasaan kemahiran asas 3M dalam kalangan semua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 3
  5. Meningkatkan pemahaman tentang pengurusan Kurikulum Pendidikan Khas dalam kalangan semua pihak yang terlibat (Pengetua, Guru Besar, GPK Pendidikan Khas, Guru-guru Pendidikan Khas, Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas dan Ibu bapa Murid Pendidikan Khas)
  6. Potensi kebolehpasaran pekerjaan murid pendidikan khas dipertingkat
 

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

  1. Mengurangkan peratus kes guru dan staf pendidikan yang bermasalah (GSM) dalam perkhidmatan
  2. Meningkatkan jumlah Pembimbing Rakan Sebaya Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang ditauliahkan
  3. Meningkatkan keupayaan warga pelajaran Johor untuk memahami dan mengamalkan kesihatan mental yang baik
  4. Meningkatkan keberkesanan pengurusan data dalam guru/staf bermasalah
 

SEKTOR PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

  1. Meningkatkan kompetensi barisan pemimpin yang berintegriti dalam pengurusan penilaian dan pentaksiran
  2. Meningkatkan kemahiran guru-guru dalam bidang pentaksiran dan penilaian
  3. Mencapai keputusan peperiksaan awam mengatasi pencapaian Nasional
  4. Bilik Operasi Penilaian dan Pentaksiran dapat mencapai tahap piawaian yang ditetapkan
  5. Mempunyai barisan pemimpin pengurusan yang cekap dan berkesan dalam pengurusan penilaian dan pentaksiran
 

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT

  1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penggunaan ICT melalui sistem aplikasi dalam pengurusan dan pentadbiran
  2. Menggunakan kemudahan capaian jalur lebar sedia ada secara optimum
  3. Mewujudkan keadaan peralatan ICT sentiasa berkualiti
  4. Melaksanakan transformasi penyampaian perkhidmatan pendidikan menerusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  5. Menyeragamkan aplikasi jabatan dan pelaksanaan pangkalan data secara berpusat dan perkongsian maklumat
  6. Mewujudkan sistem pengurusan pemantauan inisiatif ICT yang cekap dan bersistematik di peringkat negeri
  7. Semua Guru Data mengetahui mengendalikan Basic Query Microsoft Access untuk pengurusan EMiS Online yang cekap dan terurus di semua peringkat
  8. Pihak pengurusan tertinggi JPNJ dapat membuat keputusan berdasarkan data EMiS sepenuhnya
 

SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAN

  1. Meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran pengurusan serta sahsiah kepada pihak yang terlibat dalam HEM, Kokurikulum dan Sukan
  2. Meningkatkan pelaksanaan program-program berbentuk 1 Malaysia di sekolah
  3. Menurunkan peratus salah laku disiplin Murid Sekolah
  4. Meningkatkan keberkesanan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di sekolah
  5. Memperolehi calon-calon SPM sekurang-kurangnyamendapat gred C dalam penilaian markah 10 % Kokurikulum ke IPTA
  6. Menggunakan sistem aplikasi pengurusan data yang sedia ada secara optimum
 

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM

  1. Mencapai kedudukan band SMKA meningkat
  2. Mencapai SABK mendapat tawaran "New Deal" melalui program SIP meningkat.
  3. Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab mendapat latihan pedagogi berkesan
  4. Meningkatkan pemahaman, penghayatan akidah dan sahsiah di kalangan murid sekolah menengah mencapai tahap cemerlang
  5. Mencapai keputusan Bahasa Arab PMR (GPMP 2.00) dan SPM (GPMP 4.00) di SMKA/KAA/SABK
  6. Mencapai peratus (A) Pendidikan Islam dalam PMR dan SPM pada tahap 40 % di peringkat negeri
  7. Pencapaian cemerlang jawi dalam kalangan murid di sekolah rendah mencapai 80 % sebelum akhir 2015
  8. Pengurusan Musolla sekolah pada tahap cemerlang mengikut standard kualiti yang ditetapkan sebelum akhir 2015
  9. Sistem pengurusan dakwah di sekolah pada tahap cemerlang mengikut standard kualiti yang ditetapkan sebelum akhir 2015
 

 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke MyIdeas Pautan  ke PEMUDAH Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2017-08-20 12:46:57
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor