, 8:39:17 am small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3 4  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Ucapan Pengarah Pelajaran Johor
Sempena Pelancaran Laman Web Jabatan Pelajaran Johor Versi 6

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatnya. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web Jabatan Pelajaran Johor. Tahniah dan syabas dari pihak pengurusan kepada jawatankuasa laman web JPNJ kerana sentiasa berusaha untuk menambahbaik laman web rasmi ini. Adalah diharapkan laman ini dapat dijadikan sebagai pintu utama kepada sistem penyampaian jabatan yang menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan bagi seluruh warga pendidikan serta dapat dilayari sebaik mungkin.

Pelbagai inisiatif dalam bidang ICT telah diperkenalkan dan diamalkan untuk memantapkan integriti serta kecekapan pengurusan awam dan tadbirurus yang baik bagi sektor awam. Antaranya ialah penggubahan undang-undang komunikasi/ multimedia/siber, menguatkuasa kawal selia pelesenan yang telus dan pembangunan infrastruktur yang akan  menggalakan penggunaan teknologi-teknologi baru yang sesuai. Sebagai mengambil contoh perlaksanaan Inisiatif Jalur Lebar (Nasional Broadband Initiatives) telah membantu Malaysia dalam meningkatkan kadar penembusan jalur lebar isi rumah ke 54.9% melebihi sasaran awal iaitu 50%. Usaha-usaha kerajaan seperti menggalakkan perkhidmatan secara on-line telah mengubah gaya hidup generasi serta cara kerja agensi kerajaan.

Penghasilan laman web yang menarik dan dikemaskini secara berterusan, pastinya akan dapat memupuk kefahaman, keyakinan dan kebolehpercayaan masyarakat / pelanggan terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan serta membolehkan setiap tindakikut dapat dilakukan dengan pantas serta menjimatkan kos.

Adalah menjadi harapan saya agar laman web Jabatan Pelajaran Johor yang dibangunkan ini dikawal dan diselaras supaya integriti dan kecekapan dalam  pengurusan awam tidak terjejas disebabkan oleh pembaziran , pertindihan tugas dan kerja-kerja berulang. Melalui laman web ini, fungsi jabatan ini boleh diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat pada era teknologi maklumat dan segala maklumat penting boleh dicapai dengan tepat dan cepat. InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak  laman ini akan dikemaskini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan warga pendidikan dan orang awam.

Harapan saya semoga anda berpuas hati dengan paparan di laman web ini dan kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen untuk menambah baik kandungan laman web ini dari semasa ke semasa.

SELANGKAH DI HADAPAN

 

 

bullet Sempena Pelancaran Laman Web Jabatan Pelajaran Johor Versi 6
Lagi...
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke MyIdeas Pautan  ke PEMUDAH Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2017-12-11 16:54:51
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor