, 10:36:17 pm small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Pengumuman
Penulis : PN. SUHADA BINTI HJ. AMAN
Dimasukkan Pada : 2014-12-31 03:52:29
PINDAAN TARIKH BAGI PENYATA PERUBAHAN (KEW.8) IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2014 MENGIKUT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2014

Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah

Negeri Johor

Semua Pengetua / Guru Besar

Sekolah Menengah dan Rendah

Negeri Johor.

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, bayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2014 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500.00 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang layak menerimanya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan, dan tarikh bayarannya telah dipinda daripada 22 Januari 2015 kepada 5 Januari 2015.

3. Walau bagaimanapun, terdapat pegawai-pegawai yang tidak menerimnya pada tarikh yang telah ditetapkan disebabkan pertukaran, persaraan, meninggal dunia atau sebagainya.

4. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan pembayaran, tuan puan perlu menyediakan Penyata Perubahan (kew.8) sebanyak tiga (3) salinan sebagaimana contoh yang disertakan bersama-sama ini dan kemukakan kepada Pengetua/Guru Besar Pendidikan Dearha/Jabatan Pendidikan Negeri dengan kadar segera untuk kelulusan.

5. Bagi pegawai-pegawai yang telah menerimanya pada tarikh yang telah ditetapkan, kew.8 hanya akan diluluskan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sekian, terima kasih.

bullet Berita & Aktiviti
bullet Pengumuman
bullet Muat Turun Bahan
bullet Galeri
bullet Arkib Pelan Strategik
bullet Ucapan Pengarah
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2019-10-14 21:27:03
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor