, 10:36:05 pm small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Pengumuman
Penulis : EN. KAIRUL ANNUAR BIN ABD AZIZ
Dimasukkan Pada : 2014-12-30 08:08:13
KENYATAAN AKHBAR PENJELASAN PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR OLEH YBHG. DATO SRI KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.

Seperti sedia maklum bahawa YAB Menteri Pendidikan pada 29 Disember 2014 telah mengumumkan penangguhan permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2015 selama seminggu. Sehubungan itu, tarikh baru permulaan sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad) dan bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat siaran kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua sekolah memaklumkan tentang penangguhan tersebut.

KPM ingin menjelaskan sekali lagi bahawa penangguhan ini adalah setelah mengambilkira semua keadaan dan kesukaran semua pihak akibat bencana banjir seperti yang diumumkan termasuk mengambilkira pasukan keselamatan kita, pegawai dan kakitangan daripada agensi kerajaan lain yang bertungkus lumus melaksanakan operasi bantuan yang juga perlukan masa untuk persediaan persekolahan anak-anak mereka apabila operasi tersebut ditamatkan.

KPM juga ingin menjelaskan bahawa penangguhan ini adalah tidak mengganggu sistem persekolahan di negara kita bagi tahun 2015, termasuk bilangan hari persekolahan seperti yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 190 hari setahun. Juga dijelaskan bahawa penangguhan tersebut adalah melibatkan semua sekolah di seluruh negara termasuk sekolah-sekolah swasta dan negeri yang berdaftar dengan KPM.

Dalam hal ini juga, KPM ingin memohon kerjasama daripada sekolah-sekolah di bawah pendaftaran Kerajaan Negeri dan di bawah agensi-agensi lain agar dapat diselaraskan permulaan sesi persekolahan seperti diumumkan oleh YAB Menteri Pendidikan agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat keseluruhannya.

Semua pengetua dan guru besar adalah diminta akur dengan keputusan ini dan tidak mengadakan apa-apa program melibatkan murid, guru dan ibu bapa seperti hari pendaftaran murid baru termasuk apa-apa taklimat dalam tempoh penangguhan tersebut, kecuali operasi gotong royong pembersihan sekolah yang terlibat dengan banjir. Namun bagi sekolah-sekolah yang tidak terlibat dengan banjir, pihak pentadbiran sekolah berkenaan boleh meneruskan kerja-kerja pentadbiran biasa tanpa perlu melibatkan pihak-pihak yang disebutkan.

Terima kasih.

Dato Sri Dr Khair Bin Mohamad Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

30 Disember 2014

Pautan Portal KPM

bullet Berita & Aktiviti
bullet Pengumuman
bullet Muat Turun Bahan
bullet Galeri
bullet Arkib Pelan Strategik
bullet Ucapan Pengarah
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2019-10-14 21:27:03
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor