, 10:40:50 pm small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Pengumuman
Penulis : EN. MOHD FIRDAUS BIN MAD SHAH
Dimasukkan Pada : 2013-06-21 10:21:22
KENYATAAN AKHBAR JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR : SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT AKIBAT JEREBU DI NEGERI JOHOR
KENYATAAN AKHBAR JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR : SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT AKIBAT JEREBU DI NEGERI JOHOR

Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin memaklumkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah menunjukkan peningkatan sejak hari Sabtu (15hb. Jun 2013). Kesemua stesen pemantauan di Negeri Johor telah menunjukkan tahap yang tidak sihat (101-200). Jumlah kedatangan ke klinik pesakit luar disebabkan oleh Upper Respiratory Tract (URTI) telah meningkat sebanyak 21% berbanding dengan minggu sebelumnya. Setakat ini tiada perbezaaan ketara bagi kedatangan harian pesakit luar untuk penyakit Asthma dan conjunctivitis. Golongan yang terlibat adalah dalam lingkungan umur 13-59 tahun. Tren penyakit ini dijangka akan meningkat lagi jika paras jerebu kekal di tahap yang tidak sihat . Pendidikan kesihatan yang berterusan diberikan kepada orang ramai melalui risalah-risalah dan hebahan radio.

Untuk makluman, keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu adalah iritasi di bahagian hidung, kerongkong dan kadang-kadang di kulit. Ini akan mengakibatkan batuk-batuk, sesak nafas, hidung dan mata terasa pedih dan berair dan kulit badan terasa gatal-gatal.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Memandangkan terdapat peningkatan kepada tahap IPU, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
  • Golongan berisiko tinggi (kanak-kanak, orang tua dan yang berpenyakit) dinasihatkan supaya menghadkan aktiviti di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti sukan dan aktiviti-aktiviti yang lasak di luar rumah.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok jika tidak ia akan memudaratkan lagi kesihatan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod : kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Sekian dan terima kasih.

Dr. Mohd Khairi Bin Yakub
Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Johor.
20-06-2013
LAMPIRAN
Kenyataan Akhbar Jabatan Kesihatan Negeri Johor : Situasi Semasa Kejadian Penyakit Akibat Jerebu di Negeri Johor (Lain-Lain)
bullet Berita & Aktiviti
bullet Pengumuman
bullet Muat Turun Bahan
bullet Galeri
bullet Arkib Pelan Strategik
bullet Ucapan Pengarah
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2019-10-14 21:27:03
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor