, 12:12:21 am small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Pengumuman
Penulis : EN. KAIRUL ANNUAR BIN ABD AZIZ
Dimasukkan Pada : 2019-09-04 02:57:58
PROGRAM TOC FOUNDATION PROGRAMME DAN PROGRAM BINA BAKAT DI SEMUA KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DALAM BIDANG AUTOMOTIF DAN MOTOSIKAL

UP: SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk dan surat dari surat dari Kementerian bernombor rujukan KPM. 600-12/1/5 Jld.2 (38) bertarikh 6 Ogos 2019 dan surat dari TOC FOUNDATION PROGRAMME bernombor rujukan TOC/FP-BB/BPTV/17052019 bertarikh 20 Ogos 2019  adalah berkaitan.

2.    Dimaklumkan bahawa TOC Foundation Programme dengan persetujuan Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) ingin mendapatkan kerjasama dari semua pihak Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi tujuan Program Bina Bakat dimana berkonsepkan “belajar dahulu, bayar kemudian selepas tamat tempoh belajar dan setelah mendapat pekerjaan yang dijamin sepenuhnya oleh TOC”.

3.    Sehubungan dengan itu, bagi menjayakan program ini pihak KV dan SMK berpeluang mencalonkan sekurang-kurangnya 5 orang murid berumur 16 tahun dan ke atas  yang layak memenuhi beberapa kriteria kumpulan sasaran untuk menyertai Program Bina Bakat seperti berikut:

  • Murid yang berkemungkinan gagal dalam       keputusan Sijil Pelajaran Malaysia serta murid yang mempunyai kelulusan minimum dalam pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  • Murid tercicir dalam kemiskinan dan tidak berminat dalam akademik serta mempunyai kecenderungan dalam penyelenggaraan automotif.
  • Murid yang gagal melajutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta.
  • Golongan B40

4.    Pihak Sekolah boleh memaklumkan kepada murid yang disasarkan demi menjamin masa depan yang lebih baik atas nasihat kaunselor. Pendaftaran secara atas talian boleh dilaksanakan di alamat berikut https://binabakat.my/courses/toc-foundation-entrance-test-2/ untuk menjalani UJIAN SARINGAN PSIKOMETRIK SAHAJA. Sekiranya lulus, mereka akan diberi surat tawaran bersyarat untuk mendapatkan tempat di TOC dibawah Program Bina Bakat dengan persetujuan penjaga.

5.    Bersama-sama ini disertakan surat permohonan Program Bina Bakat, Surat Kelulusan dari BPLTV dan kertas cadangan Program Bina Bakat dari pihak TOC bagi tujuan rujukan pihak tuan.

6.    Sebarang   pertanyaan   berkenaan perkara ini bolehlah menghubungi En Kairul Annuar Bin Abd Aziz di talian 07-2311453 Sektor Pengurusan Sekolah. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

Muat Turun Surat

bullet RALAT (CONTOH 16) : CONTOH PENYATA PERUBAHAN (KEW. 8) BAGI SEMUA URUSAN YANG BERKAITAN DENGAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN KUMPULAN ANGGOTA PELAKSANA.
bullet CONTOH PENYATA PERUBAHAN (KEW. 8) BAGI SEMUA URUSAN YANG BERKAITAN DENGAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN KUMPULAN ANGGOTA PELAKSANA.
bullet PENYEDIAAN KEW. 8 PELARASAN BANTUAN SARA HIDUP TAHUN 2020 (PEGAWAI YANG DIPERUNTUK RUMAH KERAJAAN)
bullet PENYEDIAAN KEW. 8 BAYARAN KHAS TAHUN 2019
bullet PENYEDIAAN KEW. 8 PELARASAN BANTUAN SARA HIDUP TAHUN 2020
bullet SENARAI SEMAK DAN BORANG PERMOHONAN KELULUSAN ELAUN GANGGUAN
bullet PEMANTAUAN PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH TAHUN 2020
bullet PEMERIKSAAN HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
bullet PEMANTAUAN KENDIRI SESI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2019 NEGERI JOHOR
bullet SPI KPM BIL6 TAHUN 2019 : PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (MENENGAH ATAS) DAN PELAKSANAAN PAKEJ MATA PELAJARAN MULAI TAHUN 2020
Lagi...
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2019-12-12 20:48:51
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor