, 8:37:59 pm small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Pengumuman
Penulis : EN. KAIRUL ANNUAR BIN ABD AZIZ
Dimasukkan Pada : 2019-11-28 09:00:30
PEMANTAUAN PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH TAHUN 2020

Semua Timbalan Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Semua Ketua Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Semua Pegawai Pendidikan Daerah

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

Tuan

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat dari Pejabat Pengarah Pendidikan Negeri Johor Ruj. JPNJ.SJQ.600-9/3/1 (7) bertarikh 18 Disember 2018 adalah berkaitan.

2.    Adalah dimaklumkan selaras dengan surat di atas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah diminta untuk melaksanakan pemantauan sebagai persediaan pembukaan sesi persekolahan tahun 2020. Semua sekolah telah diarahkan untuk melaksanakan penilaian kendiri menggunakan instrumen yang telah disediakan secara atas talian mulai 20 hingga 30 November 2019 melalui laman web Jabatan Pendidikan Negeri Johor, http://jpnjohor.moe.gov.my/sppj/.

3.    Sehubungan itu, kerjasama tuan dan pegawai di bawah seliaan tuan dipohon untuk menentusahkan penilaian kendiri pihak sekolah mulai 1 hingga 15 Disember 2019 berpandukan langkah tindakan seperti mana digariskan dalam lampiran 1. Bersama-sama ini juga dilampirkan jadual agihan lokasi pemantauan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan. Tuntutan perjalanan tertakluk kepada pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

4.    Sebarang kemusykilan mengenai perkara ini, sila hubungi Encik Sahrul Fadzil Bin Mohd Ibrahim, Penolong Pengarah Sekolah Jenis Khas, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Johor di talian 019-7275471. 

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

Muat Turun Surat rasmi

bullet Latihan Microsoft Office 2016 Tips & Tricks
bullet PENYEDIAAN KEW. 8 PELARASAN BANTUAN SARA HIDUP TAHUN 2020 (PEGAWAI YANG DIPERUNTUK RUMAH KERAJAAN)
bullet PENYEDIAAN KEW. 8 BAYARAN KHAS TAHUN 2019
bullet PENYEDIAAN KEW. 8 PELARASAN BANTUAN SARA HIDUP TAHUN 2020
bullet SENARAI SEMAK DAN BORANG PERMOHONAN KELULUSAN ELAUN GANGGUAN
bullet PEMANTAUAN PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH TAHUN 2020
bullet PEMERIKSAAN HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
bullet PEMANTAUAN KENDIRI SESI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2019 NEGERI JOHOR
bullet SPI KPM BIL6 TAHUN 2019 : PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (MENENGAH ATAS) DAN PELAKSANAAN PAKEJ MATA PELAJARAN MULAI TAHUN 2020
bullet SPI KPB BIL. 7 TAHUN 2019 : PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK DI PRASEKOLAH, SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Lagi...
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2019-12-08 13:20:07
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor