Semua Timbalan Pengarah Pendidikan dan
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Semua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
Negeri Johor
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan kenaikan pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Urusan Cicir Tahun 2017 Hingga 2019.
3. Maklumat terperinci berkenaan manual permohonan dan tarikh permohonan boleh dicapai di lawan web sistem e-pangkat dan sesuai dilayari dengan menggunakan pelayar Google Chrome atau Mozilla Firefox.
4. Segala pertanyaan boleh hubungi Unit Pengurusan Bakat, Sektor Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Negeri Johor di talian 07-2310102-samb. 1166/1122/1105/1144.
Sekian, Terima Kasih. |