, 5:00:49 am small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


Pengumuman
Penulis : PN. YASMIN BINTI JEFFREY TANG
Dimasukkan Pada : 2018-09-03 03:35:22
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM (PKPA) BIL. 4 TAHUN 2018- myPortfolio: PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 
Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah menerbitkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja sebagai rujukan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan supaya tidak berlaku kesilapan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.

3.         Berdasarkan perkembangan semasa, PKPA Bil. 8 Tahun 1991 Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah dikaji dan ditambah baik. Inisiatif ini mengambil kira cabaran dan perubahan semasa sama ada di peringkat global mahupun domestik seperti gelombang teknologi digital, ekspektasi rakyat, dominasi golongan millennial dan Revolusi Perindustrian Keempat. Sehubungan itu, berkuatkuasa mulai 12 Julai 2018, PKPA Bil. 4 Tahun 2018 myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam dikeluarkan sebagai pendekatan baharu dalam pelaksanaan bidang tugas dan tanggungjawab secara yang lebih komprehensif dan teratur di agensi Kerajaan. Pekeliling ini bertujuan untuk menerangkan kepada agensi Kerajaan berkaitan tatacara penyediaan myPortfolio yang lebih tuntas dan kebolehgunaannya sebagai radas pengurusan sumber manusia ke arah melonjakkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam. Ketua Jabatan juga boleh meluas guna myPortfolio sebagai radas strategik dalam pengurusan sumber manusia.

Kerjasama dan perhatian daripada Tuan/ Puan mengenai perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
 
Sekian, Salam Hormat.
 
Sila layari : http://www.mampu.gov.my/ms/pengenalan-myportfolio-1 untuk maklumat lanjut
 
LAMPIRAN
Infografik myPortfolio (Lain-Lain)
PKPA Bil.4 2018 - myPortfolio Panduan Kerja Sektor Awam (Pekeliling)
bullet KENYATAAN MEDIA:ISU PENJUALAN BUKU TULIS MURID YANG MAHAL OLEH PERSATUAN SUKAN DAN KEBUDAYAN PERKHIDMATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR (PSKPPJ)
bullet PEMANTAUAN KENDIRI SESI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2018 NEGERI JOHOR
bullet GARIS PADUAN PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD BERHUBUNG PENGLIBATAN KEGIATAN SUKAN, PERTUBUHAN DAN PERSATUAN.
bullet URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU BESAR EX-PPPLD DARI GRED DG41/DG42 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) BAGI TAHUN 2018
bullet HEBAHAN MAKLUMAT KEMASUKAN MURID BAGI PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, GIATMARA DAN VISDEC AMBILAN JANUARI 2019
bullet URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI SCHOOL IMPROVEMENT PARTNERS+ (SIP+) DAN SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACHES (SISC+) TAHUN 2019
bullet HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TINGKATAN 1 DAN 4 TAHUN 2019
bullet PELUASAN AKTIVITI KEMBARA ILMU KOKURIKULUM IMPAK TINGGI DI SEMUA SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI JOHOR
bullet SEMUA PROGRAM PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PROGRAM PENGANTARABANGSAAN WAJIB MENGEMUKAKAN PERMOHONAN KEPADA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) MELALUI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR (JPNJ) BAGI MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN DAN ME
bullet PENGISIAN PENCAPAIAN SEBENAR SKT DAN PENGISIAN LNPT BAGI AKP DAN PEGAWAI GUNASAMA DI HRMIS TAHUN 2018
Lagi...
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke MyIdeas Pautan  ke PEMUDAH Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2018-11-19 20:11:13
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor