, 8:33:31 am small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3 4  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan


DASAR KPM : PERKONGSIAN PINTAR
INISIATIF SWASTA

Kementerian Pelajaran telah mengiktiraf peranan agensi luar dalam membantu sektor pendidikan khususnya dalam bidang ICT sejak tahun 2000. Ia bermula apabila sistem pendidikan negara terlibat secara langsung dalam usaha melahirkan dan membekal tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT. Usaha KPM mewujudkan makmal-makmal komputer di seluruh negara, memperkenalkan subjek ICT dan memperkenalkan Aplikasi Sekolah Bestari pada tahun yang sama turut mendorong minat sektor lain membantu kementerian. Penglibatan syarikat swasta dalam sektor pendidikan khususnya semakin serius apabila kerajaan sendiri menggalakkan perkongsian bersama khsususnya bidang-bidang yang mempunyai kepakaran tinggi.

Jumlah sumbangan syarikat swasta dalam membantu sektor pendidikan mencecah ratusan juta ringgit sejak ia mula diperkenalkan. Sumbangan dan bantuan yang diberikan dilihat sebagai sesuatu yang sangat berharga dan perlu dimanfaatkan untuk kebaikan sektor pendidikan. Program-program yang telah dan sedang dilaksanakan termasuk berkaitan dengan perkakasan, perisian, latihan ICT, sekolah angkat, aplikasi dan penyelesaian sistem pengurusan. Kementerian Pelajaran Malaysia melihat perkembangan ini sebagai satu indikator yang positif ke arah memantapkan pendidikan Negara dan menjadikannya ia sebagai kerjasama pintar (smart partnership) dalam pendidikan.


FAEDAH

Pelaksanaan perkongsian pintar boleh menghasilkan faedah-faedah berikut:
  • Menjimatkan kos pembangunan sistem
  • Meningkatkan prestasi agensi kerajaan secara menyeluruh
  • Memudahkan perkongsian data dan sumber
  • Meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran
  • Mengurangkan jurang antara agensi-agensi kerajaan yang lebih berupaya dengan agensi-agensi yang kurang berkemampuan dalam membangun aplikasi IT
  • Mewujudkan penyelarasan antara agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan IT
  • Membantu usaha pembangunan dan pemulihan ekonomi negara secara keseluruhan

GARIS PANDUAN

Garis panduan untuk melaksanakan program perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia:

i. Permohonan kepada kementerian untuk melaksanakan program secara rasmi hendaklah dihantar terus ke Kementerian Pelajaran Malaysia(Sektor Operasi Pendidikan)

ii. Kertas cadangan yang lengkap perlu menyatakan:
  • Tujuan dan objektif program
  • Latarbelakang projek atau program yang dicadangkan
  • Huraian mengenai program
  • Skop program
  • Kumpulan sasaran
  • Kaedah pelaksanaan
  • Kos dan perbelanjaan
  • Tempoh pelaksanaan
  • Peranan dan Fungsi setiap agensi yang terlibat sama ada di peringkat Kementerian, Jabatan, Sekolah atau agensi pencadang
  • Harapan dan lain-lain yang berkaitan
  • Penutup
iii. Permohonan akan disemak dan dibincangkan di peringkat kementerian berdasarkan kertas cadangan:
  • KPM akan meneliti kesesuaian cadangan program dengan mengambil kira pandangan semua bahagian terlibat
  • Perbincangan awal dengan pihak penganjur
  • Persembahan kepada pihak kementerian
  • Makluman ke Mesyuarat Profesionalisme atau Pengurusan atau Mesyurat JPICT jika berkaitan
  • Penambahbaikan selepas perbincangan
iv. Kertas cadangan yang lengkap diangkat ke Pengurusan KPM untuk pengesahan kementerian.

v. Persetujuan terma rujukan atau memorandum persefahaman jika berkaitan

vi. Surat kuasa melaksana

vii. Arahan pelaksanaan ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Negeri oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah semua proses dan prosedur dipatuhi

viii. Format terma rujukan bagi melaksanakan program dengan pihak sekolah
  • Tajuk Program
  • Definisi istilah
  • Tujuan
  • Fungsi dan Peranan agensi terlibat
  • Peruntukan-Peruntukan Di Bawah Program Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kumpulan Sasaran
  • Peruntukan Khas
  • Peralatan/Kelengkapan yang dibekalkan untuk setiap sekolah yang terpilih
  • Nilai Sumbangan
  • Tempoh Pelaksanaan
  • Peruntukan Lain
  • Implikasi-Implikasi Berkaitan
  • Operasi
  • Peruntukan Am
  • Kerahsiaan
  • Waad Bersaling
  • Pengiktirafan
  • Terma-terma khas
SENARAI PROJEK

Di antara projek perkongsian pintar adalah seperti berikut:
  • Schoolnet
  • GSB Technology Learning in School
  • Program Sekolah Angkat bersama Samsung Digital Classroom
  • K-Perak E-Learning Cluster No.1 (KPEC)
  • Cyberkids Camp
  • Projek e-Learning for Life 2 Syarikat Apple
  • Program IBM - Kidsmart Early Learning untuk kelas PraSekolah
  • Program Pendidikan dan Modal Insan NCIA-KPM(Edu Citi-Hostel)
  • Value Add Microsoft(MBMMBI)
" Sumber diperolehi dari Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia "

bullet Dasar KPM : Falsafah Pendidikan
bullet Dasar KPM : Sistem Pendidikan
bullet Dasar KPM : Carta Sistem Pendidikan
bullet Dasar KPM : Kurikulum Kebangsaan
bullet Dasar KPM : Imbasan Sejarah
bullet Dasar KPM : NKRA Pendidikan
bullet Dasar KPM : Hala Tuju Pendidikan
bullet Dasar KPM : 1 Murid 1 Sukan (1M1S)
bullet Dasar KPM : Perkongsian Pintar
bullet Dasar KPM : RMK10 (Pendidikan)
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke MyIdeas Pautan  ke PEMUDAH Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2017-12-11 16:54:51
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor