, 5:44:17 pm small cyan merah Hijau Bahasa Malaysia   Bahasa Inggeris call Hubungi Kami mbalas Soalan Lazim sitemap Peta laman Versi Mobile
banner1

Halaman Utama
Muat Turun Arkib

1 2 3  
Button untuk orang Awa,
Button untuk Warga Sekolah
Button untuk warga jabatan

Arkib : Berita & Aktiviti

 
Penulis : EN. KAIRUL ANNUAR BIN ABD AZIZ
Dimasukkan Pada : 2014-10-28 11:13:44
BENGKEL VERIFIKASI DATA MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN (MAP-EMIS) NEGERI JOHOR BIL 5/2015

Bengkel verifikasi data EMiS Online Bil 5/2014 telah dilaksanakan pada 27-29 Oktober 2014 di Blok B Makmal Komputer Jabatan Pendidikan Negeri Johor anjuran Sektor Pengurusan Maklumat (SPM) JPN Johor. Aktiviti rutin yang berlangsung sebanyak enam kali setahun ini adalah bertujuan bagi memastikan Maklumat Asas Pendidikan Negeri Johor (Data Rasmi KPM) dikawal selia dari masa ke masa untuk menghasilkan data yang sahih.


Proses saringan data yang dilakukan bersama pegawai/penyelia maklumat setiap PPD adalah berdasarkan fokus kutipan yang telah dicadangkan mengikut ketetapan yang telah dimaklumkan sebelum ini. Pembersihan ralat pengisian kritikal,ralat kesahan dan pengisian pegawai barisan hadapan sekolah-sekolah negeri Johor (head count) diberi keutamaan agar maklumat yang dilaporkan guru data sentiasa mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh EPRD.

Di samping itu, pihak SPM telah menjemput beberapa orang pegawai dari sektor yang berlainan untuk menjalankan proses semakan silang data antara sektor. Semakan ini perlu dilaksanakan agar data dan maklumat asas pendidikan yang direkod oleh sektor-sektor selari dengan rekod Emis. Antara sektor yang terlibat adalah Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan dan Sektor Pendidikan Islam.

Pihak SPM dan berberapa sektor berkaitan telah melaksanakan semakan silang dan melaksanakan verifikasi secara keseluruhan terhadap pengisian maklumat perjawatan guru, enrolmen dan keadaan fizikal sekolah dengan pelbagai format. Diakhir tempoh bengkel ini pihak SPM berjaya membersihkan 100% ralat pengisian dan meningkatkan tahap kesahan data pada tahap yang lebih baik. Semua PPD yang terlibat memberi komitmen yang sangat tinggi ketika bengkel berlangsung
Senarai Peserta:
  1. MOHAMAD KHAIRUL NIZAM BIN ABU HASSAN (SPM)
  2. KAIRUL ANNUAR BIN ABD AZIZ (SPM)
  3. MOHD FADZLI BIN RIPIN (SPM)
  4. AYATUL KAUTHAR BIN BASEMIN @ BASEMAN (PPD KULAI)
  5. HAIRUL SALLEH BIN MUKERI (PPD BP)
  6. MUHAMMAD AZLAN SHAH BIN ABDUL RAHIM (PPD JB)
  7. MOHD HALIL BIN HJ ALI (PPD MERSING)
  8. MOHD SHAHRULHALIM BIN M. SALEH (PPD PONTIAN)
  9. ABD SHUKOR BIN TARIP (PPD SEGAMAT)
  10. NOR ZAIDI BIN JAMILUDDIN (PPD KLUANG)
  11. MOHD AZMI BIN MD AMIN (PPD MUAR)
  12. MOHD HAFIDZ BIN SAMSUDIN (PPD PASIR GUDANG)
  13. MD ZAN BIN ABU BAKAR (PPD PASIR GUDANG)
  14. ZAINAL BIN SAMIJAN (PPD KOTA TINGGI)
  15. ZAMZURI BIN YUSUP (PPD KOTA)�
bullet Berita & Aktiviti
bullet Pengumuman
bullet Muat Turun Bahan
bullet Galeri
bullet Arkib Pelan Strategik
bullet Ucapan Pengarah
 
Pautan ke portal KPM Pautan ke KPT Pautan ke MyGov Pautan  ke MSC Pautan  ke SPP Pautan  ke MAMPU Pautan  ke HRMIS
Laman ini terakhir dikemaskini pada : 2019-09-17 16:54:39
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Pasukan Web

Hakcipta Terpelihara © 2011 Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Paparan terbaik 800 x 768 dengan Mozilla Firefox 4+ dan Google Crome
Dibangunkan oleh Pasukan Pembangunan Laman Web dan Portal,Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pendidikan Negeri Johor